Microsoft Surface 2 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Microsoft Surface 2 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 13, 2014 oleh .
Surface 2
Surface 2 32GB RM1399
Surface 2 64GB RM1699
TypeCover 2 RM409
TouchCover 2 RM379
Arc Touch Mouse RM219

Lanjutan daripada pengumuman harga untuk Surface 2 pada awal minggu ini, hari ini pihak Microsoft Malaysia telah pun melancarkan secara rasmi tablet komputer Windows RT 8.1 mereka untuk pasaran tempatan.

Microsoft Surface 2 menyertakan kemaskini dari segi spesifikasi, dimana menggunakan cip Tegra 4, mengekalkan saiz skrin sebesar 10.6-inci, menggunakan kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 3.5-megapixel serta dilengkapi dengan Microsof Office, panggilan Skype percuma selama setahun dan juga ruangan OneDrive percuma sehingga 200GB untuk dua tahun.

DSC_0786

DSC_0799

Di Malaysia, Surface 2 akan dijual bermula esok, 14 Mac dimana ia ditawarkan pada harga bermula RM1399. Selain Surface 2, pihak Microsoft Malaysia turut sama telah mengemaskini harga jualan Surface versi asal, dimana Surface RT dijual pada harga RM1199, sementara Surface Pro dijual pada harga RM1899.


TIPS & ULASAN