Huawei Dikatakan Akan Hadir Dengan Peranti Dwi-OS – Android Dan Windows Phone

Huawei Dikatakan Akan Hadir Dengan Peranti Dwi-OS – Android Dan Windows Phone

Diterbitkan pada Mac 13, 2014 oleh .

Sebelum ini, kita sedia mendengar mengenai Karbonn yang akan hadir dengan peranti dwi-OS. Nampaknya, mereka tidak keseorangan, apabila kini Huawei turut dikatakan akan memperkenalkan telefon dwi-OS mereka – gabungan Android dan Windows Phone dalam beberapa bulan lagi.

Perkara mengenai ini dilihat dikongsikan CMO huawei dalam satu temuramah oleh TrustedReviews. Pengenalan peranti dwi-OS ini dikatakan akan menarik minat pengguna. Ia dikatakan lebih mudah untuk menjual telefon pintar Windows Phone yang hadir dengan Android, berbanding hanya satu platform sahaja.

Buat masa ini, ia tidak diketahui apakah pendapat mengenai peranti seumpamanya oleh pihak Microsoft mahupun Google.

Microsoft sendiri kini dalam persiapan memperkenalkan Windows Phone 8.1 yang akan menyertakan sokongan butang kekunci maya, dan pelbagai fungsi lain – sekaligus memudahkan lagi pengeluar peranti menyertakan platform Android bersama-sama peranti mereka.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh Huawei pada suku kedua tahun 2014 ini.


TIPS & ULASAN