Cari @ Amanz

Bagi sesetengah pengguna, mungkin ruangan percuma Google Drive mencukupi, dan selebihnya, mungkin memerlukan ruangan tambahan untuk akaun mereka. Google sedia menawarkan pilihan berbayar untuk Google Drive, dan hari ini gergasi internet tersebut mengemaskini harga tawaran untuk pakej berbayar mereka.

Melalui kemaskini terbaru ini, Google menawarkan ruangan storang sebesar 100GB pada harga hanya $1.99 sebulan (berbanding $4.99 sebulan sebelum ini), dan $9.99 untuk 1TB ($49.99 sebulan sebelum ini).

Google Drive

Dengan penawaran pada harga rendah ini, ia sekaligus memudahkan lagi pengguna menyimpan fail dan pelbagai dokumen mereka di Google Drive, dan menggunakannya untuk diakses melalui sebarang komputer.

Bagi pengguna yang ingin meningkatkan ruangan storan mereka, boleh melakukannya melalui halaman Storan Drive pada akaun Google anda, dan seperti biasa, storan yang dibeli akan digunakan untuk Google Drive, GMail dan juga Google+ Photos.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd