Spesifikasi Untuk Jam Tangan Pintar Google Tertiris Ke Web

Spesifikasi Untuk Jam Tangan Pintar Google Tertiris Ke Web

Diterbitkan pada Mac 14, 2014 oleh .

Google sedia dikatakan akan hadir dengan jam tangan pintar mereka sebelum ini, yang mana mungkin dibangunkan oleh LG. Kini, beberapa spesifkasi awal tertiris ke web, memperlihatkan kemungkinan yang akan disertakan pada jam tangan pintar tersebut.

Menurut @evleaks, jam tangan pintar Google yang dibangunkan LG ini akan menyertakan skrin bersaiz 1.65-inci dengan resolusi 280×280 pixel, memori 512MB RAM dan ruangan storan terbina 4GB.

Namun, fungsi apakah yang akan disertakan pada jam tangan pintar ini tidak diketahui sepenuhnya. Untuk jam tangan pintar, mungkin lebih ramai berminat mengetahui fungsi yang disertakan berbanding spesifikasi yang ditawarkan.

Sebelum ini, ia dikatakan Google akan mengintegrasikan sokongan Google Now pada jam tangan pintar mereka, dan dijangka memperkenalkan SDK Android untuk jam tangan pintar dalam masa beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN