Cari @ Amanz

Telekom Malaysia - ABNSejak daripada tahun lepas, kita sedia mendengar yang mana Telekom Malaysia berminat mendapatkan syarikat telekomunikasi Packet-1. Berbeza sedikit, kali ini desas-desus baru hadir mengatakan Telekom Malaysia berminat untuk mendapatkan Asian Broadcasting Network (ABN).

Mengikut apa yang dikatakan, Telekom Malaysia mungkin akan mendapatkan keseluruhan perniagaan ABN – termasuk saluran televisyen digital berbayar dan juga perkhidmatan jalur-lebar mereka.

Apa pun, ia dikatakan masih pada peringkat awal perbincangan, dan mungkin sekadar ura-ura sahaja.

Sebelum ini, pada awal tahun ini pihak ABN telah hadir dengan pakej promosi baru mereka, menawarkan kelajuan internet sehngga 5Mbps pada harga hanya RM69.99. Namun, kawasan liputannya masih terhad buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd