Samsung Galaxy S5 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 27 Mac Ini

Samsung Galaxy S5 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 27 Mac Ini

Diterbitkan pada Mac 14, 2014 oleh .

Samsung telah memperkenalkan Galaxy S5 pada penghujung Februari yang lepas di Mobile World Congress. Kini, mereka dilihat dalam persiapan untuk memperkenalkannya di pasaran seluruh dunia, dan untuk Malaysia, mereka bakal melancarkannya pada 27 Mac kelak.

Samsung Galaxy S5 Malaysia

Jemputan telah mula dihantar oleh pihak Samsung Malaysia bermula hari ini, memperlihatkan sebuah gambar teaser untuk Galaxy S5 dan juga tarikh 27 Mac.

Sebelum ini, pada awal minggu ini, pelbagai syarikat telekomunikasi telah mula mempromosikan Galaxy S5 yang akan hadir ke pasaran Malaysia.

Berkemungkinan, kita hanya akan dapat melihat ia dijual di Malaysia beberapa minggu selepas pelancarannya. Sebelum ini, Samsung mengatakan peranti ini akan dijual di seluruh dunia bermula bulan April ini.

Baca : MWC 2014 Samsung Galaxy S5


TIPS & ULASAN