Beberapa Gambar Baru Oppo Find 7 Tertiris – Seminggu Sebelum Pengumuman Rasmi

Beberapa Gambar Baru Oppo Find 7 Tertiris – Seminggu Sebelum Pengumuman Rasmi

Diterbitkan pada Mac 14, 2014 oleh .

Dengan lebih kurang seminggu lagi sebelum pengenalan rasmi Oppo Find 7, hari ini beberapa gambar baru tertiris, memperlihatkan rekaan peranti berkenaan. Seperti biasa, fungsi penuh yang akan dibawakan olehnya masih tidak diketahui lagi.

Oppo Find 7

Oppo Find 7 dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, cip Snapdragon 800, dan memori 2GB. Ia turut dikatakan akan hadir dengan satu lagi variasi yang menyertakan skrin dengan resolusi lebih tinggi.

Mungkin kita akan mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan peranti ini, termasuk apakah fungsi-fungsi eksklusif yang dibawakan olehnya secara rasmi pada pelancarannya minggu hadapan – 19 Mac.


TIPS & ULASAN