Paparan Skrin Sokongan Panggilan Suara Di WhatsApp Untuk iOS Tertiris

Paparan Skrin Sokongan Panggilan Suara Di WhatsApp Untuk iOS Tertiris

Diterbitkan pada Mac 15, 2014 oleh .

Selang beberapa hari selepas pihak Facebook mendapatkan WhatsApp pada nilai $19 bilion, ia telah diumumkan yang mana mereka akan menambah sokongan panggilan suara padanya. Kini, paparan skrin pertama hadir mengatakan paparan fungsi tersebut di peranti iOS.

WhatsApp VoIP

Daripada apa yang diperlihatkan, secara kasarnya ia menyerupai sokongan panggilan di iOS, serta dikatakan akan membolehkan pengguna membuat panggilan percuma menggunakan WiFi dan juga menggunakan data selular.

Untuk makluman, pihak WhatsApp sekadar mengatakan akan memperkenalkan sokongan panggilan suara ini pada suku kedua 2014 ini sahaja, dan tiada sebarang tarikh rasmi yang diberikan. Dengan paparan skrin yang tertiris ini, mungkin kita akan dapat melihatnya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN