Mozilla Menamatkan Pembangunan Firefox Metro Kerana Kurang Pengguna

Mozilla Menamatkan Pembangunan Firefox Metro Kerana Kurang Pengguna

Diterbitkan pada Mac 15, 2014 oleh .

Selepas dalam pembangunan untuk lebih kurang dua tahun, pihak Mozilla telah memperkenalkan Firefox yang dioptimasikan untuk paparan Metro beberapa minggu lepas. Namun, kerana sambutan yang agak mendukacitakan, mereka ingin menamatkan pembangunannya.

Firefox Metro

Melalui Firefox Metro, ia membawakan antaramuka yang selari dengan ModernUI yang hadir di Windows 8, serta turut dioptimasikan untuk skrin sentuh.

Walaubagaimnapun, Mozilla kini menamatkannya kerana angka pengguna untuk versi berkenaan yang amat sedikit. Menurut Mozilla, Firefox Metro hanya memperlihatkan kurang daripada 1000 pengguna aktif pada sesuatu hari, berbanding versi biasa.

Bagi kami, mungkin versi tersebut akan menerima lebih perhatian pengguna sekiranya ia diterbitkan di Windows Store – sekaligus menyasarkan pengguna Windows RT, berbanding penawaran seperti sekarang ini.

Apa pun, pengumuman Mozilla ini mungkin sedikit sebanyak memberikan kesan negatif kepada pihak Microsoft dengan pembangunan perisian yang menyertakan sokongan antaramuka Metro ini.


TIPS & ULASAN