Cari @ Amanz

Pengasas bersama Wikipedia iaitu Jimmy Wales menyatakan bahawa beliau akan cuba untuk membuka perbualan dengan lembaga pengarah Wikipedia pada mesyuarat seterusnya berkenaan adakah Wikipedia patut menerima Bitcoin sebagai pilihan untuk menerima sumbangan pada masa akan datang.

Ia bermula selepas Jimmy Wales membuat keputusan untuk mencuba sendiri Bitcoin, dan beliau menulis secara ringkas pengalaman pertamanya dengan Bitcoin pada laman sosial Reddit. Menurut tweet Jimmy Wales, beliau berjaya mendapatkan kira-kira 17.9 Bitcoin (bersamaan USD 11,235) selepas berkongsi alamat BTC miliknya secara umum pada laman sosial, dan beliau menyatakan lagi bahawa beliau akan menderma kesemuanya itu untuk Wikipedia.

Jimmy Wales menyatakan lagi bahawa pilihan untuk memberikan sumbangan melalui matawang Bitcoin mungkin tidak akan diletakkan secara rasmi pada laman pengumpulan dana di Wikipedia tetapi akan dikongsi pada laman sosial oleh pihak Wikipedia sendiri.

  • Info
  • Jika anda ingin memberikan sumbangan untuk Wikipedia, anda boleh melawat laman ini: Wikipedia Donation
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd