Xiaomi Memperkenalkan Sokongan MIUI Untuk Peranti Tablet

Xiaomi Memperkenalkan Sokongan MIUI Untuk Peranti Tablet

Diterbitkan pada Mac 15, 2014 oleh .

Bagi kebanyakan pengguna Android, mungkin ramai yang mengenali MIUI – salah satu aftermarket firmware atau custom ROM popular daripada China yang dibina berasaskan Android. Hari ini pembangunnya terus memperkenalkannya kepada lebih banyak peranti dan terkini, ia turut menyokong peranti yang berasaskan tablet.

MIUI for tablet 2

Sebelum ini, MIUI telah sedia popular digunakan pada telefon pintar melalui pemasangan custom ROM dan juga penjualan daripada peranti Xiaomi sendiri. Apa yang membuatkan pengguna memasang custom ROM ini, MIUI menawarkan pengalaman pengguna (user experience) yang nyata berbeza pada sistem operasi Android. Ia hadir antaramuka dan animasi yang menarik selain hadir dengan sokongan penukaran tema padanya.

Pihak MIUI turut menyatakan MIUI untuk tablet bukanlah scaled version daripada MIUI versi telefon, akan tetapi ia turut hadir dengan sokongan architecture yang serba baru selain beberapa pengoptimasian dari segi paparan secara natif untuk tablet.

MIUI for tablet

Buat masa ini, MIUI untuk tablet hanya ditawarkan untuk Nexus 7 generasi kedua (2013) dan masih tidak diketahui bilakah sokongan untuk tablet lain bakal diperluaskan. Bagi mereka yang berminat untuk memasang MIUI pada tablet ini, boleh rujuk pada pautan di bawah.

Tutorial: Pemasangan MIUI untuk Tablet


TIPS & ULASAN