Video Baru Hadir Memperlihatkan Beberapa Fungsi Di HTC Sense 6.0
HTC

Video Baru Hadir Memperlihatkan Beberapa Fungsi Di HTC Sense 6.0

Diterbitkan pada Mac 17, 2014 oleh .

Dengan peranti HTC One 2014 yang bakal diumumkan pada minggu hadapan, salah satu perkara baru yang turut akan hadir adalah kemaskini antaramuka baru daripada HTC, iaitu HTC Sense 6.0. Kini, sebuah video hadir ke arena internet memperlihatkan beberapa fungsi yang dibawakan olehnya.

Daripada video yang dipertontonkan, selain sedikit perubahan kecil dari segi antaramuka, pihak HTC dilihat menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.

Salah satu yang diperlihatkan adalah sokongan dwi-tap untuk aktifkan skrin, selain beberapa fungsi yang diintegrasikan menggunakan sokongan swipe dan mentatal pada skrin.

Disamping itu, HTC turut dilihat menyertakan sokongan kad-SD pada peranti baru mereka ini, dan memudahkan pengguna untuk mengemaskini aplikasi HTC dengan lebih mudah.

HTC bakal mengadakan acara khas mereka pada 25 Mac ini dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada tarikh berkenaan.


TIPS & ULASAN