Nokia telah memperkenalkan aplikasi memfokuskan fotografi dinamakan Nokia Refocus sebelum ini. Namun, ketika itu ia hanya ditawarkan untuk peranti PureView sahaja. Kini, selepas sekian lama dinantikan, pihak Nokia telah mula menawarkannya untuk semua pengguna Lumia mereka.
Menggunakan aplikasi Nokia Refocus, pengguna boleh merakamkan gambar terlebih dahulu, dan membuat fokus terhadap sesuatu objek selepas rakaman dibuat. Dengan ini, ia memberikan lebih banyak kawalan terhadap rakaman sesuatu gambar oleh para pengguna.
Sekiranya anda menggunakan peranti Nokia Lumia menjalankan Windows Phone 8, anda boleh memuat-turun dan menggunakannya dalam menjadikan gambar anda lebih menarik lagi.
- Muat-Turun Nokia Refocus untuk Lumia