Xiaomi bakal memasuki pasaran Malaysia pada suku kedua 2014 ini, dan kini nampaknya mereka sedang persiapan untuk memperkenalkan satu lagi peranti baru dibawah portfolio mereka, dinamakan Xiaomi Redmi Note.
Melalui sebuah gambar teaser yang hadir, ia dilihat pihak Xiaomi akan hadir dengan phablet mereka tersendiri dengan skrin bersaiz 5.5-inci dan cip pemprosesan lapan teras.
Memandangkan ia menggunakan nama “Note”, ramai membuat spekulasi ia mungkin menyertakan sokongan stylus.
Redmi Note ini akan dijual di China terlebih dahulu seperti biasa, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperluaskan ke pasaran global. Mungkinkah kita akan dapat melihat Redmi Note ini ditawarkan bersama-sama ketika pelancaran rasmi Xiaomi Malaysia kelak?