Cari @ Amanz

Pada tahun lepas, pihak Yahoo! telah memperkenalkan rekabentuk antaramuka yang baru untuk web Flickr mereka, dimana bersama-sama dengannya pihak Yahoo! mengumumkan penawaran ruangan percuma sehingga 1TB.

Melalui rekabentuk yang diperkenalkan sebelum ini, ia memfokuskan kepada paparan gambar yang lebih besar berbanding sebelumnya – sekaligus menjadikan laman sosial perkongsian gambar tersebut lebih menarik untuk dilayari.

Namun, mungkin ada yang tidak menyukainya – dan kini dikatakan Yahoo! sedang dalam persiapan akhir untuk memperkenalkan rekabentuk baru untuk web dan juga aplikasi Flickr mereka.

Ia dikatakan rekabentuk baru ini akan lebih menyelarikan versi web dan juga aplikasi mudah-alih, disamping lebih memfokuskan kepada gambar.

Mungkin kita akan dapat melihat rekabentuk baru untuk laman perkongsian gambar tersebut dalam beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd