Cari @ Amanz

Umum sedia maklum akan mengenai Angry Birds yang turut akan hadir dengan tema permainan berbentuk RPG, dan hari ini Rovio telah pun menerbitkan video trailer mereka memperlihatkan secara ringkas bentuk permainan Angry Birds Epic tersebut.

Daripada video yang diterbitkan, ia dilihat membawakan permainan berbentuk perlawanan turn-based, dimana sesuatu aksi tersebut dilakukan selang-seli dengan pihak lawan.

Permainan ini bakal diperkenalkan untuk pengguna di Australia, Kanada dan juga New Zealand terlebih dahulu sebelum ia diperluaskan ke seluruh dunia.

Sebelum ini, pihak Rovio turut pernah hadir dengan permainan berbentuk perlumbaan yang dinamakan Angry Birds Go!. Mungkinkah kita akan dapat melihat lebih banyak genre permainan daripada mereka selepas ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd