Cari @ Amanz

YouTube sebagai salah satu laman video terkemuka, sering digunakan ramai untuk menikmati dan berkongsi pelbagai jenis video melalui perkhidmatan tersebut. Perkara ini sekaligus mungkin membuatkan para ibu bapa untuk sukar memantau aktiviti anak-anak mereka di laman tersebut.

Mengikut laporan terbaru, ia dikatakan pihak YouTube sedang membangunkan versi yang dioptimasikan untuk kanak-kanak, sekaligus hanya memperlihatkan kandungan video dan juga iklan yang khusus untuk mereka sahaja.

Berkemungkinan kita akan dapat melihat sebuah laman khusus, seperti YouTube EDU diperkenalkan oleh pihak YouTube untuk kanak-kanak.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan bilakah versi tersebut akan diperkenalkan secara rasmi untuk seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd