Cari @ Amanz

Twitter sedia menawarkan fungsi seperti “List” yang membolehkan pengguna mengikuti sesuatu kumpulan pengguna dengan mudah. Selain “List” kini daripada sebuah paparan skrin yang hadir ke internet, ia dilihat pihak Twitter turut menguji fungsi khas dinamakan “Fave People”.

Twitter Fave People

Menggunakan “Fave People”, pengguna boleh melihat kemaskini Tweet daripada mereka-mereka yang ditandakan sebagai “Favourite” pada akaun mereka, dan mengikuti perkembangan mereka dengan lebih mudah.

Ia mungkin akan memudahkan anda untuk mengikuti Tweet daripada rakan-rakan terdekat, disamping lebih dioptimasikan untuk paparan peranti mudah-alih berbanding dengan penggunaan Twitter List.

Buat masa ini, Twitter hanya dilihat mencubanya pada peringkat pembangunan Alpha, dan tidak diketahui sama ada ia akan diperkenalkan kepada umum ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd