Apple Menamatkan Jualan iPad 2 Dan Menawarkan Semula iPad Generasi Ke-4

Apple Menamatkan Jualan iPad 2 Dan Menawarkan Semula iPad Generasi Ke-4

Diterbitkan pada Mac 18, 2014 oleh .

Sebelum ini beberapa ura-ura yang mana Apple bakal menamatkan jualan iPad 2 telah hangat diperkatakan dan hari ini melalui laman rasmi Apple Store Malaysia, iPad 2 dilihat telah ditamatkan daripada jualannya secara rasmi.

Screenshot (12)

iPad 2 kini telah mencapai usia tiga tahun apabila ia mula dilancarkan pada Mac 2011. Dengan usia seperti ini, Apple bertindak untuk menggantikan kepada iPad 4 yang mempunyai spesifikasi lebih terkini dan menjadikannya ia lebih berpatutan berbanding iPad Air.

iPad 2 membawakan skrin 9.7-inci dengan pemprosesan Apple A5 yang mana turut sama digunakan pada iPad mini generasi pertama. Ia turut disertakan dengan sokongan kamera hadapan dan belakang disamping mampu menjalankan iOS 7 sehingga ke versi terkini, iOS 7.1.

iPad 2

iPad generasi ke-4 (iPad with Retina Display) yang dilancarkan pada Oktober 2012 membawakan beberapa kemaskini daripada iPad generasi ke-3 (The New iPad) seperti sokongan port Lightning dan pemprosesan Apple A6X. Selepas pengenalan iPad Air pada tahun lepas, iPad generasi ke-4 dilihat telah ditamatkan status jualannya pada Oktober 2013 dan hari ini ia telah disambung semula sebagai pengganti kepada jualan iPad 2.

iPad generasi ke-4 telah ditawarkan di Apple Store bermula RM1449 untuk versi WiFi manakala untuk versi selular, ia ditawarkan bermula pada harga RM1799.

Kemaskini 11:31pm – Apple telah menurunkan harga iPad generasi ke-4 (16GB) kepada RM1199 untuk versi WiFi dan RM1599 untuk versi selular.


TIPS & ULASAN