Google Memperkenalkan Android Wear – Sistem Operasi Untuk Jam Tangan Pintar

Google Memperkenalkan Android Wear – Sistem Operasi Untuk Jam Tangan Pintar

Diterbitkan pada Mac 19, 2014 oleh .

Ura-ura Google bakal membangunkan projek jam tangan pintar kini terjawab yang mana Google hari ini telah mengumumkan Android Wear – sistem operasi khusus untuk digunakan pada jam tangan pintar.

android-wear-uiAndroid Wear membolehkan jam pintar menjalankan sistem operasi Android yang dikhaskan dan tidak lagi bergantung kepada sistem operasi Android sepenuhnya seperti sebelum ini.

Melalui Android Wear, pengguna boleh mendapatkan kemaskini mengenai sesuatu info seperti laporan cuaca, trafik, markah bola sepak, dan sebagainya terus melalui jam tangan pintar. Menurut maklumat yang diperlihatkan, Android Wear dijayakan melalui fungsi seperti Google Now dan segala arahan boleh dibuat dengan hanya menyebut “OK Google”.

Beberapa pengeluar seperti LG, Motorola, Asus, Samsung, dan HTC dilaporkan sedang bergiat dalam membangunkan peranti ini bersama Google. Dikatakan juga LG dan Motorola mungkin sebagai pengeluar terawal dalam menghadirkan peranti dengan Android Wear.

Dengan pengumuman ini, mungkin kita dapat melihat lebih banyak jam tangan pintar bakal dihasilkan selepas ini dan sebegai permulaan, Google telah menerbitkan video awal untuk menunjukkan bagaimana Android Wear ini bakal berfungsi kelak.


TIPS & ULASAN