Motorola Hadir Dengan Jam Tangan Android Wear Pertama – Moto 360

Motorola Hadir Dengan Jam Tangan Android Wear Pertama – Moto 360

Diterbitkan pada Mac 19, 2014 oleh .

Selepas Google memperkenalkan Android Wear, beberapa pengeluar telah memperlihatkan peranti Android Wear mereka dan Motorola antara pengeluar terawal menunjukkan model jam tangan mereka yang dikenali sebagai Moto 360.

Moto360_Hero_full-view_Leather_RGB-730x438

Moto 360 membawakan rekabentuk jam tangan klasik dan elegan disamping Android Wear yang didatangkan bersama-sama dengannya membolehkan pengguna berinteraksi dan mendapatkan maklumat terkini terus daripada jam tangan ini.

Dengan pengenalan Android Wear, pengeluar kini dapat menghadirkan jam tangan pintar tanpa perlu lagi bergantung kepada sistem operasi penuh Android dan sekaligus memberikan peluang lebih banyak jam tangan pintar bakal dihasilkan untuk pengguna.

Moto 360 bakal mula berada di pasaran antarabangsa pada suku kedua kelak namun harga rasmi peranti ini masih tidak diketahui setakat ini.


TIPS & ULASAN