LG Mengumumkan G Watch – Jam Tangan Pintar Yang Dikuasakan Dengan Android Wear

LG Mengumumkan G Watch – Jam Tangan Pintar Yang Dikuasakan Dengan Android Wear

Diterbitkan pada Mac 19, 2014 oleh .

Turut tidak ketinggalan selepas Motorola memperlihatkan peranti Android Wear mereka, kini LG juga hadir dengan peranti Android Wear yang dikenali sebagai LG G Watch.

Berbeza dengan Moto 360 yang hadir dengan rekabentuk klasik, LG G Watch membawakan rekabentuk jam tangan pintar moden dan dikatakan akan menyokong sejumlah besar peranti Android untuk dipadankan bersama-sama jam ini.

gwatch1

Android Wear merupakan sistem operasi daripada Google yang direka khusus untuk jam tangan pintar bagi membolehkan pengguna memberikan arahan dan mendapatkan maklumat sesuatu info terus daripada jam tangan.

Namun sebarang maklumat mengenai harga LG G Watch masih lagi tidak dikongsikan dan peranti ini dikatakan bakal hadir kepada pengguna umum pada suku kedua tahun ini.


TIPS & ULASAN