Sony Memperkenalkan Project Morpheus – Headset Realiti-Maya Untuk PS4

Sony Memperkenalkan Project Morpheus – Headset Realiti-Maya Untuk PS4

Diterbitkan pada Mac 19, 2014 oleh .

Sony telah diperkatakan akan hadir dengan headset memfokuskan permainan daripada mereka tersendiri sebelum ini, dan hari ini gergasi elektronik berkenaan mengumumkan headset mereka yang dikenali sebagai Project Morpheus.

Project Morpheus

Ia dikatakan Project Morpheus ini masih pada peringkat prototaip lagi, dan boleh digunakan bersama-sama PlayStation 4 – sekaligus membolehkan ia diintegrasikan dengan PlayStation Camera dan juga PlayStation Move. Project Morpheus ini menawarkan paparan 1080p meliputi lebih 90-darjah, kadar refresh sehingga 1000Hz, dan pengesanan meliputi 360-darjah yang boleh digunakan bersama-sama PlayStation Camera.

Menurut Sony, mereka telah membangunkannya untuk tiga tahun yang lepas, dan ia dikatakan memberikan kelebihan untuk pengguna mengalami bentuk permainan seolah-olah berada di dunia permainan tersebut sendiri.

Untuk kandungan pula, ia dikatakan Sony telah bekerjasama dengan beberapa penerbit, termasuk seperti Epic Games, Crytek, dan juga Unity. Mungkin kita akan mendengar lagi berkenaan Project Morpheus ini daripada Sony dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN