GOG Mengumumkan Sokongan Untuk Platform Linux

GOG Mengumumkan Sokongan Untuk Platform Linux

Diterbitkan pada Mac 19, 2014 oleh .

Bagi mereka yang meminati dunia permainan video, mungkin mengenali akan perkhidmatan GOG.com yang mana menawarkan pelbagai jenis permainan (baru dan lama). Kini, dengan beberapa pengeluar menyatakan sokongan untuk platform Linux, pihak GOG juga turut menyatakan sokongan untuknya secara rasmi.

GOG Linux

Menurut GOG, permintaan untuk sokongan Linux merupakan salah satu permintaan yang besar dikalangan komuniti mereka, dan dengan pengumuman ini ia semestinya akan mengembirakan para pengguna Linux.

GOG dijangka akan menyertakan lebih kurang 100 permainan yang dioptimasikan untuk Linux tidak lama lagi pada perkhidmatan mereka, sekaligus memudahkan pengguna Linux menggunakannya.

Buat masa ini, GOG mengatakan akan memulakannya dengan sokongan untuk Ubuntu dan Linux Mint terlebih dahulu. Tiada sebarang tarikh diumumkan untuk pelancarannya, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN