Cari @ Amanz

Nampaknya, bukan hanya telefon pintar yang hadir dengan variasi bersaiz mini, tetapi turut memberikan kesan kepada pengeluaran kamera. Hari ini, pihak Samsung dilihat memperkenalkan kamera terbaru mereka, iaitu Samsung NX Mini.

Samsung NX Mini

Samsung NX Mini dilihat sebagai kamera kompak dengan rekaan bersaiz nipis dan ringan – lebih kurang seperti sebuah phablet, dan pada masa yang sama mengekalkan elemen rekabentuk keluarga NX daripada Samsung.

Dari segi spesifikasi, Samsung NX Mini ini hadir dengan sensor 20.5-megapixel BSI, sokongan kepantasan shutter sehingga 1/16000 saat, sokongan NFC dan juga WiFi, serta skrin sentuh bersaiz 3-inci yang boleh dipusingkan 180-darjah untuk menghadap pengguna ketika rakaman.

Samsung NX Mini

Samsung dilihat turut menawarkan sebuah adapter untuk membolehkan pengguna menggunakan lensa NX bersama-sama kamera bersaiz mini ini.

Kamera ini akan hadir dalam pilihan merah jambu, hitam, putih, perang dan juga biru. Harga jualan tempatannya masih tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd