Cari @ Amanz

Oppo hari ini telah mengambil pentas utama di Beijing, dan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dinamakan sebagai Oppo Find 7 yang mana merupakan telefon pintar 4G LTE pertama mereka, yang turut hadir dengan sokongan rakaman 4K.

Oppo Find 7

3-fin2

Oppo Find 7 menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan Quad HD (2560×1440 pixel) – membawakan kadar PPR sehingga 538PPI. Selain itu, telefon pintar ini turut dilengkapi dengan kamera 13-megapixel yang turut menyertakan kebolehan rakaman sehingga 50-megapixel dari segi pengoptimasian perisian. Kamera tersebut turut boleh digunakan untuk rakaman video pada resolusi 4K.

Oppo Find 7

Ia sekaligus membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan lebih jelas. Oppo mengatakan kamera mereka turut dilengkapi dengan sokongan Pure Image 2.0, serta enam lensa fizikal Sony Stacked CMOS IMX214. Pihak Oppo turut dilihat mengatakan menyertakan sokongan pengecasan pantas yang membolehkan peranti ini dicaj sehingga 75% dalam masa lebih kurang 30 minit.

Dari segi audio pula, pihak Oppo melengkapkannya dengan teknologi MaxxAudio.

Mengikut spesifikasi, pihak Oppo melengkapkannya dengan cip pemprosesan Snapdragon 800 2.5Ghz, memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB, bateri berkapasiti 3000mAh, serta menggunakan Android 4.3 dan antaramuka ColorOS.

Variasi Oppo Find 7A turut hadir, dimana ia menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800 2.3GHz, dan hadir dengan skrin 5.5-inci (1920×1080 pixel).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd