Cari @ Amanz

Oppo hari ini telah memperkenalkan Oppo Find 7 secara rasminya, sekaligus menyertakan beberapa fungsi baru pada peranti Oppo seperti sokongan 4G LTE, rakaman 4K, dan pengecasan pantas.

Oppo Find 7

Menurut pihak Oppo, peranti ini mungkin hadir seawal suku kedua 2014 ini di Malaysia. Versi Oppo Find 7A dijangka akan hadir terlebih dahulu sebelum ia menawarkan Oppo Find 7 untuk pasaran tempatan.

Harga jualan tempatannya tidak diketahui lagi. Berdasarkan harga anggaran di China, Oppo Find 7A berharga sekitar ~RM1585, dan Oppo Find 7 berharga sekitar ~RM1850.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd