Dokumentari Mengenai DotA 2: Free To Play Bakal Dipertontonkan Malam Ini

Dokumentari Mengenai DotA 2: Free To Play Bakal Dipertontonkan Malam Ini

Diterbitkan pada Mac 19, 2014 oleh .

dota2Seperti yang diumumkan oleh pihak Valve, satu dokumentari khas berkisar tentang permainan video atas talian Defense of the Ancient 2 (DotA 2) iaitu Free To Play akan disiarkan pada malam ini.

Dokumentari khas Free To Play ini memfokuskan kepada pemain-pemain professional DotA 2 iaitu Danylo “Dendi” Ashutin, Benedict “HyHy” Lim, dan Clinton “Fear” Loomis, dan kisah perjalanan mereka sepanjang menyertai arena permainan video secara professional.

Tayangan tersebut boleh dimuat turun melalui klien Steam dan ketika artikel ini ditulis, ia boleh didapati dalam bentuk pre-load yang bersaiz kira-kira 4.2 GB. Jika anda mahu menontonnya pada pelayar web, anda boleh melayari halaman ini di Twitch.

Untuk maklumat tambahan mengenainya tayangan dokumentari ini, anda boleh merujuk halaman Reddit di bawah dan tayangan akan bermula pada jam 12 malam waktu Malaysia.


TIPS & ULASAN