Samsung Dilaporkan Ingin Hadir Dengan Gear 2 Yang Menyertakan Sokongan SIM

Samsung Dilaporkan Ingin Hadir Dengan Gear 2 Yang Menyertakan Sokongan SIM

Diterbitkan pada Mac 20, 2014 oleh .

Samsung pada bulan lepas telah memperkenalkan siri jam tangan pintar mereka yang terbaru berasaskan platform Tizen, dinamakan sebagai Samsung Gear 2. Dan kini, salah satu laporan baru hadir mengatakan Samsung turut menyediakan sebuah variasi baru untuk jam tangan pintar tersebut.

Ia dikatakan gergasi dari Korea Selatan tersebut kini sedang dalam perbincangan untuk memperkenalkan variasi Gear 2 yang menyertakan sokongan kad SIM – sekaligus membolehkan pengguna menggunakannya dan membuat panggilan dan menghantar mesej tanpa menghubungkan ia ke telefon pintar.

Ia turut dikatakan, sekiranya dikeluarkan, ia akan ditawarkan untuk pasaran Korea Selatan secara eksklusif – namun tidak mustahil untuk ia turut diperluaskan ke pasaran global.

Namun, salah satu masalah yang akan turut hadir dengan integrasi sokongan selular ini adalah dimana ia akan menggunakan tenaga bateri yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Samsung sendiri telah menaik-taraf sokongan bateri pada Gear 2 berbanding Galaxy Gear sebelum ini.

Apa pun, ia boleh dikatakan sekadar laporan dan desas-desus awal sahaja buat masa ini.

Jadi, sekiranya Samsung hadir dengan jam tangan pintar yang menyertakan sokongan selular, adakah anda akan membelinya?


TIPS & ULASAN