Cari @ Amanz

Uber sedia membuat beberapa perkara menarik melalui perkhidmatan mereka seperti menawarkan aiskrim dan sebagainya. Kini, dengan catuan air disekitar Lembah Klang, pihak Uber KL dilihat akan menawarkan sokongan penghantaran air percuma sebanyak 11 Liter untuk setiap rumah.

Seperti biasa, untuk mendapatkannya, pengguna perlulah tinggal dikawasan sekitar Lembah Klang dan menggunakan aplikasi mereka untuk membuat tempahan air.

Pengguna dikatakan perlu memuat-turun aplikasi Uber pada Android atau iOS, dan kemudiannya menggunakan Vehicle Picker ‘WATER’, pengguna perlu menarik pin berwarna hijau ke lokasi mereka.

Uber KL akan menawarkan air percuma sebanyak 11 liter (dua botol air 5.5 liter) untuk sebanyak 200 rumah pada 21 Mac ini (permintaan antara 10 pagi sehingga 6 petang sahaja).

Walaupun kuantiti yang ditawarkan adalah sedikit, namun ia dilihat sebagai salah satu usaha menarik dalam mempromosikan aplikasi mereka kepada para pengguna sekitar Lembah Klang.

Jadi, adakah anda akan membuat tempahan air percuma untuk Uber esok?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd