Cari @ Amanz

Penstrim media agak popular beberapa tahun yang lepas, dan masih mempunyai permintaan tersendirinya sehingga hari ini. Apa yang mengejutkan adalah dimana ia kini diperlihatkan pihak BlackBerry turut pernah mempunyai perancangan mengenainya.

BlackBerry Cyclone

Pernah diura-ura akan lebih kurang tiga tahun sebelum ini, hari ini beberapa gambar hadir ke arena internet memperlihatkan penstrim media daripada BlackBerry yang menggunakan nama kod “BlackBerry Cyclone”.

Daripada apa yang dikongsikan, BlackBerry Cyclone ini menyertakan sokongan sambungan WiFi, HDMI, serta dilengkapi sebuah alat kawalan jauh khusus untuknya.

BlackBerry Cyclone

BlackBerry Cyclone

Perisian untuknya juga turut diperlihatkan secara ringkas yang memperlihatkan aplikasi seperti YouTube disertakan bersama-sama BlackBerry Cyclone ini.

Apa pun, perancangan berkenaan penstrim media daripada BlackBerry ini seperti tidak diteruskan lagi.

Bagi anda, sekiranya BlackBerry memasarkan Cyclone ini, adakah anda akan mendapatkannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd