Cari @ Amanz

Xiaomi secara rasminya telah pun memperkenalkan telefon pintar atau phablet terbaru daripada mereka, yang mana dinamakan sebagai Redmi Note. Ia bakal dijual bermula di China dan mungkin akan diperluaskan ke pasaran antarabangsa dalam beberapa bulan lagi.

xiaomi-redmi-note_02

Xiaomi Redmi Note menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci beresolusi 1280×720 pixel, dilengkapi kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, bateri berkapasiti 3200mAh dan hadir dengan sokongan dwi-SIM.

Dari segi cip pemprosesan, pihak Xiaomi menawarkannya dalam dua variasi cip MediaTek, iaitu menggunakan cip lapan teras MK6592 pada kepantasan 1.4GHz (dan 1GB RAM), ataupun 1.7GHz (dan 2GB RAM).

Xiaomi Redmi Note

Menariknya mengenai peranti ini adalah dimana ia dijual pada harga yang rendah – berbeza dengan beberapa pengeluar lain.

Versi 1.4GHz dijual pada harga $149 (~RM491), sementara versi 1.7GHz pula dijual pada harga $159 (~RM523). Ia dijangka akan dijual di Singapura bermula Mei, dan mungkin kita akan dapat melihatnya ketika Xiaomi memasuki pasaran tempatan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd