Facebook Dilihat Menguji Paparan Profil Pada Bar Notifikasi Android

Facebook Dilihat Menguji Paparan Profil Pada Bar Notifikasi Android

Diterbitkan pada Mac 20, 2014 oleh .

Facebook sering hadir dengan pelbagai ujian dan percubaan baru pada perkhidmatan dan aplikasi mereka. Terkini, ia dilihat Facebook sedang menguji paparan profil kekal pada bar notifikasi di Android.

Facebook Profil

Ia dikatakan Facebook telah menguji fungsi seumpamanya sejak sebelum ini, dan kini ia turut dikemaskini dengan paparan gambar profil pada bar notifikasi berkenaan.

Perkara ini mungkin akan membuatkan pengguna lebih aktif menggunakan perkhidmatan Facebook, dan mungkin juga pada masa yang sama mungkin akan membuatkan pengguna tidak berapa menyukai paparan gambar profil pada bar notifikasi mereka.

Apa pun, ia hanya sekadar ujian sahaja buat masa ini, dan tidak pasti lagi sama ada pihak Facebook akan memperkenalkannya kepada umum ataupun tidak.


TIPS & ULASAN