Intel Akan Hadir Dengan Cip Lapan Teras Haswell-E – Sokongan Memori DDR4

Intel Akan Hadir Dengan Cip Lapan Teras Haswell-E – Sokongan Memori DDR4

Diterbitkan pada Mac 20, 2014 oleh .

IntelSelain perkembangan positif dalam arena cip pemprosesan mudah-alih, Intel turut tidak melupakan arena perkomputeran desktop. Hari ini, pihak Intel dilihat berkongsi beberapa info berkenaan cip pemprosesan baru mereka, Haswell-E.

Info penuh berkenaan dengan cip Haswell-E baru ini tidak diketahui sepenuhnya. Menurut Intel, ia merupakan cip desktop pertama daripada Intel yang hadir dengan lapan teras dan cipset X99. Disamping itu, ia juga akan menjadi platform desktop pertama yang hadir dengan sokongan memori DDR4.

Dengan cip edisi Extreme ini, ia sekaligus memberikan tenaga pemprosesan lebih baik, termasuk dari segi overclocking dan beberapa yang lain.

Intel Haswell-E

Intel Haswell-E

Intel dijangka akan memasarkannya sekitar pertengahan kedua 2014 ini, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN