Bersempena Ulang-Tahun Ke-8 Twitter, Ketahui Tweet Pertama Anda

Bersempena Ulang-Tahun Ke-8 Twitter, Ketahui Tweet Pertama Anda

Diterbitkan pada Mac 20, 2014 oleh .

Twitter hari ini telah menjadi salah satu laman sosial utama dimana pengguna berkongsi pelbagai pendapat dan berita semasa melaluinya. Menariknya, bersempena ulang-tahun ke-8 pihak Twitter, pihak Twitter menyediakan sebuah halaman khas untuk membolehkan pengguna mengetahui Tweet pertama mereka.

FirstTweet

Melalui halaman tersebut, pengguna turut boleh memasukkan nama sebarang pengguna, dan turut mengetahui apakah Tweet pertama seseorang itu menggunakannya.

Bagi anda yang menggunakan Twitter, mungkin boleh ke halaman #FirstTweet hari ini, dan melihat sendiri apakah Tweet pertama anda menggunakan akaun sosial tersebut.

Layari : #FirstTweet


TIPS & ULASAN