Mozilla Firefox 29 Beta Hadir Dengan Paparan Antaramuka Baru

Mozilla Firefox 29 Beta Hadir Dengan Paparan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada Mac 21, 2014 oleh .

Dengan pelancaran Firefox 28 pada beberapa hari yang lepas, pihak Mozilla kini turut memperkenalkan versi pembangunan terbaru iaitu Firefox 29 Beta untuk platform Windows, Mac, dan juga Android.

Firefox 29 Beta membawakan beberapa perubahan besar antaranya memperkenalkan antaramuka baru yang dikenali sebagai Australis. Melalui versi beta ini juga, pihak Mozilla turut menyertakan sokongan sync melalui akaun Firefox yang membolehkan maklumat berkaitan seperti bookmarks dan login info dikemaskini kepada semua peranti.

Firefox 29 Beta

Untuk versi Android pula, Firefox 29 Beta kini turut membolehkan pengguna mendapatkan suggestion daripada Bing apabila pengguna melancarkan fungsi carian. Sama seperti Firefox 29 Beta untuk desktop, pihak Mozilla turut menghadirkan sokongan sync bersama-sama dengan versi pembangunan Firefox untuk Android ini.

Firefox 29 dijangka hadir pada semua pengguna Windows, Mac, dan Android menjelang lewat April kelak dan bagi pengguna yang berminat untuk mencuba versi pembangunan ini, boleh memuat-turun pada halaman rasmi Mozilla Firefox Beta.

Muat-turun: Mozilla Firefox Beta


TIPS & ULASAN