Beberapa Maklumat Berkaitan DirectX 12 Diperlihatkan Oleh Microsoft Secara Rasmi

Beberapa Maklumat Berkaitan DirectX 12 Diperlihatkan Oleh Microsoft Secara Rasmi

Diterbitkan pada Mac 21, 2014 oleh .

Seperti yang dijanjikan oleh pihak Microsoft pada awal bulan lalu, hari ini syarikat gergasi dari Redmond ini telah memperlihatkan beberapa maklumat rasmi mengenai DirectX 12.

Menurut maklumat yang dilaporkan, sokongan DirectX 12 akan datang membolehkan ia dijalankan pada semua platform Windows termasuk untuk pengguna desktop Windows, Windows Phone, dan juga konsol permainan generasi baru daripada Microsoft, Xbox One.

DirectX 12

DirectX 12 bakal membawakan beberapa peningkatan prestasi untuk permainan selain turut sama membolehkan pihak pembangun mengakses perkakasan (hardware) peranti pada tahap yang lebih rendah seperti membuat pengoptimasian pada CPU dan GPU.

Selain itu, beberapa pihak seperti Intel, NVIDIA, AMD, dan Qualcomm dilihat turut menyatakan sokongan mereka untuk DirectX 12. Pihak Intel berkata API daripada DirectX 12 telah sedia boleh dijalankan pada kesemua pemprosesan Intel Core generasi ke-empat mereka, “Haswell” sejak ia dilancarkan. Pihak Nvidia pula berkata DirectX 12 bakal disokong pada cip grafik yang berasaskan rekabentuk Fermi, Kepler, Maxwell, dan juga beberapa produk daripada mereka akan datang.

DirectX 12 2

DirectX merupakan koleksi API daripada Microsoft dalam memudahkan pembangun lain menggunakannya untuk mengendalikan pelbagai tugasan berkaitan multimedia terutamanya dalam bidang permainan video.

Pihak Microsoft mengatakan permainan awal yang hadir dengan sokongan DirectX 12 bakal dilancarkan pada akhir 2015 dan untuk pengguna Windows 7, pihak Microsoft dilihat enggan mengulas lebih lanjut sama ada DirectX 12 bakal disokong pada sistem operasi itu kelak.


TIPS & ULASAN