Medium Memperkenalkan Aplikasi iPhone Untuk Memudahkan Pembacaan

Medium Memperkenalkan Aplikasi iPhone Untuk Memudahkan Pembacaan

Diterbitkan pada Mac 21, 2014 oleh .

Medium merupakan salah satu perkhidmatan penulisan dan perkongsian artikel daripada pengasas Twitter. Hari ini, mereka memperluaskan penawaran mereka dengan memperkenalkan sebuah aplikasi iPhone khusus untuk perkhidmatan tersebut.

Medium iPhone

Untuk makluman, paparan Medium pada peranti mudah-alih sedia dioptimasikan untuk paparan skrin kecil. Pihak Medium mengatakan dengan aplikasi ini, ia menjadikan proses membuka sesuatu artikel lebih pantas berbanding versi web mudah-alih.

Seperti versi web, pengguna perlu log masuk menggunakan akaun Twitter mereka, dan boleh membaca pelbagai artikel menarik yang dikongsikan melalui perkhidmatan tersebut.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, mungkin boleh memuat-turun aplikasi Medium hari ini dan mengikuti pelbagai artikel menarik menggunakannya.

Muat-Turun Aplikasi Medium untuk iPhone


TIPS & ULASAN