Samsung Menerbitkan Aplikasi “Galaxy S5 Experience” Di Google Play Store

Samsung Menerbitkan Aplikasi “Galaxy S5 Experience” Di Google Play Store

Diterbitkan pada Mac 21, 2014 oleh .

Samsung sebelum ini pernah menerbitkan aplikasi yang memberikan idea penggunaan Galaxy Note 3 kepada pengguna. Kini, dengan pelancaran Galaxy S5 yang semakin dekat, mereka turut menerbitkan sebuah lagi aplikasi khusus untuknya, dinamakan Galaxy S5 Experience.

Melalui aplikasi tersebut, ia membolehkan pengguna Android memasangnya pada sebarang peranti, dan kemudian melihat sendiri apakah fungsi-fungsi baru yang dibawakan olehnya.

Daripada apa yang dilihat, pengguna boleh mengetahui fungsi seperti kamera, integrasi fungsi kecergasan, sokongan Gear dan beberapa yang lain menggunakan aplikasi tersebut.

Sekiranya anda menggunakan peranti Android, boleh memuat-turun aplikasi Galaxy S5 Experience ini secara percuma daripada Google Play Store, sementara menantikan pelancaran rasmi Galaxy S5 di Malaysia pada 27 Mac kelak.

Muat-Turun Galaxy S5 Experience


TIPS & ULASAN