Cari @ Amanz

Alcatel hari ini telah menambah tawaran peranti mereka untuk pasaran tempatan, dengan memperkenalkan dua lagi peranti baru, iaitu Alcatel One Touch Idol X+ dan juga Alcatel One Touch Idol Alpha.

Alcatel Idol X+

Alcatel One Touch Idol X+ adalah telefon pintar Android dengan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip pemprosesan MediaTek lapan-teras 2.0GHz, memori 2GB RAM, bateri berkapasiti 2500mAh, dan juga kamera belakang 13.1-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan sokogan dwi-SIM.

Alcatel Idol Alpha

Sementara untuk Alcatel One Touch Idol Alpha pula, pihak Alcatel menyertakan skrin bersaiz 4.7-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz, memori 1GB RAM, kamera belakang 13.1-megapixel dan juga bateri berkapasiti 2000mAh.

Di Malaysia, Idol X+ ditawarkan pada harga RM1299, dimana ia turut ditawarkan dengan beberapa aksesori tambahan untuk 3000 pembeli pertama – seperti BOOMband, JBL Earphone, Flip Cover dan juga pelindung skrin.

Untuk Idol Alpha pula, ia berharga RM1099 dan hanya didatangkan dengan pelindung skrin percuma sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd