EasyParcel Ingin Memudahkan Proses Penghantaran Dan Pemantauan Kurier

EasyParcel Ingin Memudahkan Proses Penghantaran Dan Pemantauan Kurier

Diterbitkan pada Mac 21, 2014 oleh .

Dengan perkembangan pesat dunia e-dagang di Malaysia, salah satu perkara yang turut menerima impak adalah industri penghantaran kurier. Terdapat pelbagai syarikat yang menawarkan perkhidmatan mereka, dan semestinya mereka dalam industri e-dagang inginkan sesuatu yang murah dan mudah untuk mereka.

EasyParcel

EasyParcel buat masa ini masih belum dilancarkan secara rasminya. Namun, daripada halaman utama mereka, ia dilihat EasyParcel ingin membolehkan pengguna untuk melihat dan membandingkan harga yang ditawarkan oleh setiap syarikat kurier, dan seterusnya memilih untuk membuat penghantaran.

Sebaik sahaja dibuat, syarikat kurier akan datang dan mendapatkan bungkusan tersebut (mungkin bergantung kepada kawasan) dan seterusnya menghantar ke tempat yang di alamatkan.

Antara syarikat yang dilihat bekerjasama dengan EasyParcel adalah SkyNet, PosLaju, DHL, Airpak, Nationwide Express dan juga Kangaroo Worldwide Express.

Bagi mereka yang ingin mencubanya, boleh mendaftarkan diri di EasyParcel, dan ia dijangka akan mula beroperasi sekitar Mei kelak.


TIPS & ULASAN