Perkara Baru Pada Android 4.4 KitKat Di Telefon Sony Xperia

Perkara Baru Pada Android 4.4 KitKat Di Telefon Sony Xperia

Diterbitkan pada Mac 21, 2014 oleh .

Pada minggu ini, pihak Sony telah mula menawarkan kemaskini Android 4.4 KitKat untuk para pengguna Xperia Z1, Xperia Z1 Compact dan juga Xperia Z Ultra. Bagi pengguna peranti berkenaan, mungkin anda tertanya-tanya apakah perkara baru yang dibawakan bersama-sama kemaskini tersebut.

Kemaskini Dari Segi Antaramuka

Kemaskini Android 4.4 KitKat menyertakan beberapa perubahan dari segi antaramuka. Kini, pada bahagian bar notifikasi dan juga pada bahagian butang navigasi, ia menyertakan warna latar yang lutsinar – menjadikan gambar latar belakang anda lebih menarik.

Sony Xperia KitKat

Pada bahagian bar atas juga, perubahan dilakukan dari segi penggunaan ikon, disamping bahagian bateri yang kini dipaparkan dalam bentuk peratus. Pengguna turut boleh memilih ingin memaparkan ikon apa pada bar berkenaan

Panel Notifikasi Dan Tetapan Pantas

Sony Xperia KitKat

Sebaik sahaja mengakses peranti, semestinya panel notifikasi merupakan salah satu perkara yang digunakan ramai.

Pada bahagian panel notifikasi, kini ia dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian notifikasi yang hanya memaparkan notifikasi daripada aplikasi sahaja, dan satu lagi bahagian tetapan pantas yang memaparkan ikon untuk pengguna mengawal beberapa fungsi seperti sokongan Mobile Internet, WiFi, Bluetooth dan sebagainya.

Aplikasi Baru

Sony Xperia KitKat

Sony Xperia KitKat

Beberapa aplikasi baru turut ditawarkan oleh Sony melalui kemaskini ini. Salah satunya adalah akses kepada ratusan tema baru untuk peranti melalui Xperia Themes, dan juga aplikasi pengurusan tugasan dinamakan sebagai Tasks.

Pengurus Fail Baru

Sony Xperia KitKat

Kemaskini Android 4.4 KitKat turut menyertakan sokongan pengurusan fail yang baru, dimana sekiranya pengguna memilih untuk mengakses fail dari sesuatu aplikasi (Browse File), mereka akan dipaparkan dengan sebuah paparan baru yang memudahkan pengguna memilih fail dan dokumen bukan hanya dari peranti sahaja tetapi daripada beberapa aplikasi lain seperti Box, Google Drive dan sebagainya.

Answering Machine

Salah satu fungsi yang diperkenalkan pada Xperia Z2. Melalui fungsi ini, ia membolehkan pengguna untuk menggunakannya dalam memudahkan pemanggil meninggalkan mesej kepada mereka. Ia berfungsi seperti Voice Mail, tetapi semua rakaman dilakukan pada peranti, dan pengguna tidak perlu untuk membayar untuk mendengarnya kembali.

Sony Xperia KitKat

Sony Xperia KitKat

Sebagai contoh, pengguna boleh merakamkan suara yang anda berada dalam mesyuarat, dan mengaktifkannya setiap kali menghadiri mesyuarat. Pemanggil akan mendengar mesej anda, dan meninggalkan mesej mereka yang dirakamkan terus ke peranti.

Personalization – Xperia Z Ultra

Sony Xperia KitKat

Khusus untuk pengguna Xperia Z Ultra, memandangkan ia menyertakan skrin bersaiz besar, pihak Sony turut menawarkan kebolehan untuk mengubah saiz grid sekaligus membolehkan pengguna menyertakan lebih banyak aplikasi dan widget pada skrin mereka.

Fungsi-Fungsi Lain

Beberapa fungsi lain yang turut kami perasan pada kemaskini baru ini adalah sokongan Printing di bahagian Settings, kebolehan memilih aplikasi permesejan yang digemari, dan juga fungsi Xperia Connectivity.

Sony Xperia KitKat


TIPS & ULASAN