Mesin Layan Diri Bitcoin Diperkenalkan Di Malaysia

Mesin Layan Diri Bitcoin Diperkenalkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 22, 2014 oleh .

Bitcoin, walaupun tidak diiktiraf secara rasmi di Malaysia, namun ia tidak menghentikan penggunaannya dikalangan pengguna tempatan. Terkini, ia dilihat salah satu syarikat penyedia transaksi di Singapura, Numoni melancarkan mesin layan-diri automatik untuk Bitcoin di Malaysia.

Bitcoin AVM Malaysia

Bagi yang tidak mengenali akan Bitcoin, ia merupakan salah satu mata wang digital berasaskan sistem P2P, yang turut dikenali ramai sebagai cryptocurrency. Ia telah diperkenalkan pada tahun 2009, dan menjadi perbualan hangat sejak tahun lepas.

Untuk pengenalan ini, Numoni menyediakan mesin AVM (Auto Vending Machines) mereka ini telah disediakan dua lokasi, iaitu di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur dan juga di Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Melalui mesin AVM Bitcoin daripada Numoni ini, ia membolehkan pengguna umum untuk membuat pembelian dan penjualan Bitcoin dengan mudah, dan pihak Numoni dilihat akan mengambil sedikit kos transaksi untuknya.


TIPS & ULASAN