Apple Dilaporkan Mempertimbangkan iTunes Untuk Android

Apple Dilaporkan Mempertimbangkan iTunes Untuk Android

Diterbitkan pada Mac 22, 2014 oleh .

itunesHari ini, pihak Billboard melaporkan yang mana Apple sedang berbincang dengan beberapa penerbit muzik untuk membawa perkhidmatan penstriman muzik seumpama Spotify. Selain itu, Apple turut dikatakan sedang mempertimbangkan untuk membawa iTunes Store ke platform Android.

Apple sedia mempunyai koleksi lagu yang banyak, dan mempunyai iTunes Radio untuk beberapa buah negara yang membolehkan pengguna untuk mendengar beberapa buah lagu terpilih. Namun, pengenalan fungsi seumpama Spotify yang membolehkan pengguna bebas mendengar sebarang lagu semestinya akan memberi nilai tambah kepada perkhidmatan mereka.

Apa pun, pada laporan yang sama, apa yang mengejutkan adalah apabila ia dikatakan iTunes untuk Android turut dipertimbangkan. Walaupun kebarangkalian untuk ia diperkenalkan agak rendah, ia dikatakan Apple sedang melihat ke arah tersebut untuk menambah pendapatan mereka.

Android pada hari ini boleh dikatakan mempunyai pegangan pasaran yang paling tinggi, tetapi mungkinkah Apple akan memperkenalkan iTunes ke platform tersebut seperti mana pernah diperkenalkan di Windows?


TIPS & ULASAN