Adakah Ini Mungkin Harga Jualan Untuk Asus Zenfone Di Malaysia?

Adakah Ini Mungkin Harga Jualan Untuk Asus Zenfone Di Malaysia?

Diterbitkan pada Mac 23, 2014 oleh .

Salah satu telefon pintar yang dinantikan ramai pengguna seluruh negara adalah telefon pintar daripada pihak Asus, dibawah nama keluarga Zenfone. Semestinya salah satu perkara utama yang menjadi tanda tanya adalah berkenaan dengan harganya.

Zenfone Preorder

Telefon pintar Zenfone hadir dalam variasi bersaiz 4-inci, 5-inci dan juga 6-inci. Masing-masing dijana menggunakan sistem operasi Android, cip pemprosesan Intel Atom dan sokongan dwi-SIM.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=xaBpB3Ms4fI]

Melalui perkongsian untuk permulaan pra-tempahan, Zenfone 4 dilihat akan dijual pada harga RM299. Zenfone 4 dilihat menyertakan skrin bersaiz 4-inci, dilengkapi cip Intel Atom Z2520, memori 1GB RAM, dan kamera 5-megapixel. Ia disenaraikan pada harga RM299.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=NCL6xKigjfo]

Zenfone 5 pula disenaraikan pada harga RM599, dimana ia menggunakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip Intel Atom Z2560, kamera 8-megapixel PixelMaster, kamera hadapan 2-megapixel, dan juga bateri berkapasiti 2050mAh.

Asus Zenfone 6 disenaraikan pada harga RM899 yang menyertakan skrin bersaiz 6-inci, dilengkapi cip Intel Atom Z2580, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel PixelMaster, kamera hadapan 2-megapixel, dan juga bateri berkapasiti 3230mAh.

Kesemua peranti ini hadir dengan Android 4.3 Jelly Bean dan turut dikatakan kemaskini KitKat akan diperkenalkan untuknya. Disamping itu, ia turut menggunakan antaramuka ZenUI dan turut menyertakan aplikasi Blackberry Messenger bersama-sama dengannya.

Seperti biasa, pihak Asus Malaysia masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan harga jualannya buat masa ini. Daripada apa yang disenaraikan, Zenfone 4 dilihat berharga sedikit murah berbanding harga penyenaraian antarabangsa, sementara untuk Zenfone 5 dan 6 ia dilihat agak mahal.

Ketika pengumuman sebelum ini, Zenfone 4 dikatakan berharga USD$100, Zenfone 5 USD$150 dan juga Zenfone 6 USD$200.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Asus Malaysia berkaitan dengan telefon pintar ini pada bulan April kelak.

Kemaskini : Pihak Superbuy turut memulakan pra-tempahan pada harga yang sama.


TIPS & ULASAN