LG Hadir Dengan Mentol Lampu Pintar Yang Boleh Dihubungkan Ke Peranti iOS Dan Android

LG Hadir Dengan Mentol Lampu Pintar Yang Boleh Dihubungkan Ke Peranti iOS Dan Android

Diterbitkan pada Mac 23, 2014 oleh .

LG Electronics sedia terkenal dengan pengeluaran pelbagai alat elektronik untuk kegunaan di rumah, dan hari ini mereka mengumumkan mentol lampu pintar pertama daripada mereka.

LG Mentol Pintar

LG Smart Lighting ini boleh dihubungkan ke peranti dengan sistem operasi Android dan iOS, serta membolehkan pengguna membuat beberapa kawalan asas menggunakannya.

Antara perkara yang disokong adalah termasuk kawalan kecerahan lampu, integrasi ia dengan muzik yang dimainkan dan menawarkan warna lampu berbeza, membolehkan lampu diaktifkan sekiranya anda berada di luar rumah, selain turut membolehkan lampu berkelip apabila anda menerima panggilan pada telefon anda.

Dari segi jangka hayat, mentol lampu ini dikatakan boleh digunakan sehingga 10 tahun dengan kadar purata penggunaan 5 jam sehari.

LG Smart Lighting ini boleh digunakan dengan telefon atau tablet yang menggunakan Android 4.3 dan terkini atau iOS 6 dan terkini.


TIPS & ULASAN