(Ura-Ura) Apple Bakal Memperkenalkan MacBook Bersaiz 12-inci

(Ura-Ura) Apple Bakal Memperkenalkan MacBook Bersaiz 12-inci

Diterbitkan pada Mac 24, 2014 oleh .

Pada tahun ini, Apple dilihat merancang beberapa perkara, dimana selain jam tangan pintar dan AppleTV yang hangat diperkatakan sejak sebelum ini, ia kini dikatakan Apple akan hadir dengan komputer riba MacBook mereka bersaiz 12-inci.

Rekaan gabungan iPad dan Papan Kekunci?Apple dikatakan akan memperkenalkan MacBook 12-inci ini terlebih dahulu sebelum produk mereka yang lain untuk tahun 2014 ini.

MacBook bersaiz 12-inci ini dikatakan akan membawakan rekaan tanpa kipas (fanless) – yang mana sedia menjadi trend akhir-akhir ini. Komputer riba ini turut dikatakan akan menyertakan rekaan trackpad baru, dan tidak menyertakan butang mekanikal padanya.

Desas-desus berkaitan dengan MacBook 12-inci ini bukan sesuatu yang baru, dan telah kedengaran sejak daripada tahun lepas lagi.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh Apple tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN