Cari @ Amanz

Di dunia sekarang terdapat puluhan aplikasi media sosial yang membuatkan dunia semakin mengecil. Facebook ialah juara segala media sosial sekarang dan ianya menjadi tempat untuk ratusan juta manusia berkongsi kehidupan seharian mereka. Media sosial semakin berkembang sehingga kami yakin kita kini sudah mencapai tahap bosan dengan media sosial yang menerjah masuk ke dalam kehidupan seharian kami. Sebagai contoh saya dan isteri kini jarang di Facebook kerana tidak mahu berkongsi kehidupan peribadi kami. Apabila bayi yang dikandung dilahirkan kami sudah nekad tidak mahu berkongsi gambar puteri sulung kami di mana-mana media sosial. Kami sudah menjadi anti sosial kerana terlalu banyak media sosial.  Brian Moore ialah seorang pembangun aplikasi yang berasal dari New York. Seperti saya dan isteri beliau sudah bosan dengan perkongsian secara menyeluruh media sosial di dalam kehidupan harian beliau. Beliau juga jelek kerap bertembung dengan bekas kekasih yang “rakan-rakan” yang kini menjadi musuh yang dikenali melalui media sosial.

CLOAK ialah aplikasi “anti sosial” beliau yang memastikan anda dapat menjauhkan diri anda dari individu yang kurang menyenangkan seperti bekas kekasih. Aplikasi ini menggunakan maklumat dari media sosial lain seperti Instagram,Facebook dan Foursquare untuk mengetahui lokasi terkini individu yang anda tidak mahu bertemu di dunia sebenar. Aplikasi akan memberikan notifikasi sekiranya mereka berada berdekatan dengan anda. Anda boleh menetapkan jarak minimum sebelum Cloak memberikan amaran.

Sebuah idea yang sesuai bagi mereka yang mahu bersendirian dan harus saya katakan ini idea yang bagus untuk manusia anti sosial. Cloak boleh dimuat turun di App Store sekarang. Aplikasi ini juga mungkin boleh digunakan bagi mereka yang mahu melarikan diri dari membayar hutang bekas kawan-kawan yang dikenali melalui media sosial.

3028019-slide-cloakappscreen1

3028019-slide-cloakappscreen3

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd