Jailbreak iOS 7.1 Diperlihatkan Pada Apple iPhone 4

Jailbreak iOS 7.1 Diperlihatkan Pada Apple iPhone 4

Diterbitkan pada Mac 24, 2014 oleh .

Bagi mereka yang meminati pelbagai jenis tweak pada iPhone, salah satu kaedahnya adalah dengan melakukan jailbreak pada iPhone anda. Dan dengan pengenalan iOS 7.1 baru-baru ini, semestinya ramai yang ingin ketahui bilakah jailbreak untuknya bakal hadir.

Terkini, sebuah video hadir, memperlihatkan sokongan jailbreak pada iOS 7.1. Namun, ia menggunakan iPhone 4 untuk menjayakannya, dan dikatakan ia boleh dilakukan melalui kaedah untuk peranti yang menjalankan cip Apple A4 sahaja buat masa ini.

Seperti biasa, ia hanya diperlihatkan melalui video ringkas sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan kepada umum oleh pembangun pihak ketiga tersebut.


TIPS & ULASAN