Nokia Menyasarkan Penjualan Bahagian Peranti & Perkhidmatan Kepada Microsoft Selesai Pada April

Nokia Menyasarkan Penjualan Bahagian Peranti & Perkhidmatan Kepada Microsoft Selesai Pada April

Diterbitkan pada Mac 24, 2014 oleh .

Nokia pada tahun lepas telah mengumumkan yang mana akan menjual bahagian peranti dan perkhidmatan mereka kepada pihak Microsoft – dibawah pengambil-alihan bernilai $7.2 bilion. Berkongsi mengenainya hari ini, Nokia mengatakan ia dijangka selesai sepenuhnya pada April 2014 ini.

Sebelum ini, Nokia menyasarkan ia selesai sekitar suku pertama 2014, namun disebabkan beberapa badan berkuasa sekitar Asia masih belum memberikan kebenaran – maka ia mengalami sedikit penangguhan.

Sekiranya pengambil-alihan ini selesai, ia akan memperlihatkan bahagian peranti dan perkhidmatan Nokia beralih kepada Microsoft, sekaligus membuatkan beberapa peralihan tugasan, termasuk Stephen Elop yang akan ke Microsoft.

Mungkin kita akan melihat segala pemindahan ini berlaku sebaik sahaja Nokia dan Microsoft mendapat kebenaran berkaitan pengambil-alihan ini dalam tempoh lebih kurang sebulan lagi.


TIPS & ULASAN